Cetusan Minda 2023
Uploaded by currymuncher · 14 December 2024
Preview
Text from the first pagesCETUSAN MINDA 2023 NAMA:____________________________ KELAS:_______________
Sekalung Penghargaan Kepada Cikgu Supandi Djoeraemi Guru Kanan Bahasa Ibunda (Bahasa Melayu) Sekolah Menengah Dunearn Cikgu Azila Aziz Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Menengah Hillgrove Cikgu NoorhidayaAbdul Karim Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Menengah Swiss Cottage Guru besar, Guru-guru dan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Dunearn Sekolah Menengah Hillgrove Sekolah Menengah Swiss Cottage “Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan gemar berfikiran.” (Abdullah Bin Abbas) ”Membaca buku-buku yang baik bererti makanan rohani yang baik.” (Buya Hamka)
CONTOH SOALAN E-MEL TIDAK RASMI 1 Daripada remyilyas@e-warkah.com Kepada hanifhusin@e-warkah.com Tarikh 23/07/2021 Subjek Meminta Saranan Hanif Apa khabar? Saya gembira apabila terbaca berita tentang awak sekeluarga dalam akhbar hari ini. Akhbar tersebut telah menyiarkan penyertaan awak sekeluarga dalam aktiviti-aktiviti yang mempromosikan gaya hidup sihat anjuran kelab masyarakat yang terletak berdekatan dengan rumah awak. Bagaimanakah awak sekeluarga dapat meluangkan masa secara kerap untuk menyertai aktiviti -aktiviti tersebut bersama -sama? Bolehkah aw ak menyarankan cara -cara untuk memilih aktiviti -aktiviti yang dapat mengekalkan minat semua ahli keluarga saya? Saya tertekan dan hal ini menjejaskan pelajaran saya. Sekiranya awak berada dalam situasi yang sama, apakah yang akan awak lakukan? Saya akan menanti balasan e-mel daripada awak. Yang ikhlas Remy CONTOH JAWAPAN E-MEL TIDAK RASMI 1 Subjek Meminta Saranan Remy Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman e-mel awak. Lama benar saya tidak mendengar khabar awak. Semoga awak sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berdasarkan kandungan e -mel awak, saya dimaklumkan bahawa awak mahu saya berkongsi bagaimana saya sekeluarga meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan dan cara-cara memilih aktiviti -aktiviti yang dapat mengekalkan minat semua ahli keluarga. Inilah perkongsian saya. Keluarga saya sering sibuk dengan tugas masing -masing sehingga suakr untuk meluangkan masa bersma. Oleh yang demikian, ayah saya menegaskan kami sekelu arga memperuntukkan masa untuk diluangkan bersama agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pertama, sebaiknya awak berkumpul dengan akhli keluarga dan sebulat suara memilih hari yang akan dijadikan sebagai hari keluarga. Awak sekeluarga perlu berdisil pin untuk memperuntukkan setiap hari Ahad sebagi hari keluarga. Pada mulanya kami cuba bersenam bersama -sama setiap pagi Ahad. Namun, lama -kelamaan kami hilang disiplin dan akhirnya menghabiskan masa berehat di rumah. Mujurlah ibu saya mendapat tahu tentang Kelas Gaya Sihat anjuran kelab masyarakat Mawar yang berdekatan dengan rumah saya. Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan mendengar manfaat kegiatan kelab ini, kami sepakat mendaftarkan diri di kelab tersebut. Sejak itu, kami sekeluarga lebih berdi siplin dalam usaha menjalani gaya hidup sihat. Kami juga telah dibimbing oleh seorang jurulatih dan pakar motivasi profrsional. Justeru itu, saya amat menggalakkan awak sekeluarga menyertai kelab yag serupa supaya menerima bimbingan dan galakan daripada seorang pakar.
Kami sekeluarga menjalani aktiviti berjalan pantas di tepi pantai bersama anggota Kelab Gaya hIdup Sihat Mawar. Aktiviti ini amat sesuai untuk kami sekeluarga tidak sesukar aktiviti berlari -lari anak dan tidak memerlukan kemahiran sukan. Oleh itu, awak harus memastikan aktiviti yang dipilih sesuai dilakukan oleh setiap ahli keluarga awak. Cara-cara untuk memilih aktiviti-aktiviti yang dapat mengekalkan minat semua ahli keluarga, awak perlu memastikan setiap ahli keluarga diberi peluang untuk mengemukakan saranan dan pendapat mereka tentang aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan. Oleh itu dalam merancang aktiviti untuk keluarga, awak harus memastikan aktiviti tersebut sesuai untuk semua. Selain itu, untuk mengekalkan minat bersukan, awak bole h menjalankan aktiviti -aktiviti yang dirancangan secara bergilir-gilir. Dengan ini, aktiviti yang dipilih pelbagai dan tidak menjemukan. Setiap ahli keluarga pasti berasa puas dapat melaksanakan aktiviti yang diminati bersama dengan ahli keluarga. Tanpa di sedari, aktiviti -aktiviti yang dipilih dapat membantu awak bukan saja mengeratkan hubungan malah menjadikan awak sekelaurga sihat. Selain itu, awak juga boleh berbicang dengan ahli keluarga untuk memilih sukan yang berkamahiran seperti badminton. Sambil bersukan, ahli keluarga belajar kemahiran baharu yang baik. Malah, jika ada di anatra ahli keluarga awak mahir dalam sukan -sukan tertentu boleh memberi tunjuk ajar kepada satu sama lain. Pasti seronok. Setakat ini saja, e-mel saya yang dapat saya kongsi buat tatapan awak. Akhir kata, semoga sekelarga terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat bersama -sama kerana bak kata pepatah kesihatan adalah kekayaan dan pencegahan adalah lebih ba daripada rawatan. Yang benar Hanif CONTOH SOALAN E-MEL TIDAK RASMI 2 Daripada: imran_lokman@kgoomail.com Kepada: fitri_putera@kgoomail.com Tarikh: 26/03/2020 Subjek: Perkhemahan Sekolah Fitri Apa khabar? Diharapkan awak sihat walafiat. Saya terlihat daripada status Facebook awak bahawa awak baru pulang dari perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah awak untuk pelajar-pelajar menengah dua. Nampaknya, awak telah menikmati pengalaman yang seronok! Saya sendiri baru pulang dari perkhemahan. Memang tidak dapat dilupakan pengalaman yang saya lalui sepanjang perkhemahan 4 hari 3 malam itu. Pelbagai aktiviti yang dapat saya cuba untuk pertama kalinya! Saya tidak menyangka yang saya akan berasa sedih apabila perkhemahan ini berakhir kerana pada mulanya, saya teragak-agak untuk menyertainya. Bagaimana pula dengan awak? Saya berharap awak dapat berkongsi tentang aktiviti -aktiviti dan saat- saat yang mencabar sepanjang perkhemahan awak dan juga nilai -nilai murni yang awak raih daripada pengalaman tersebut. Saya menantikan e-mel daripada awak. Yang ikhlas Imran
CONTOH JAWAPAN E-MEL TIDAK RASMI 2 Subjek: Perkhemahan Sekolah Imran Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman e -mel awak. Sukacita saya nyatakan di sini bahawa saya berada dalam keadaan sihat walafiat. Harapan saya semoga awak sekeluarga berada dalam keadaan riang dan gembira. Berdasarkan kandungan e -mel awak, saya difahamkan bahawa awak juga baru pulang dari perkhemahan sekolah. Saya berasa terharu membaca bahawa awak telah meraih pelbagai pengalaman menarik daripada perkhemahan itu. Berikut ialah perkongsian pengalaman saya tentang aktiviti=aktiviti dan saat-saat mencabar yang saya hadapi semasa perkhemahan itu dan nilai -nilai murni yang telah saya raih daripada pengalaman tersebut. Cabaran pertama yang saya lalui ialah semasa aktiviti berkayak. Dalam aktiviti ini, saya dan rakan saya harus berkayak secara berpasangan. Saya berasa takut sekali untuk menyertai aktiviti ini kerana saya tidak pernah berkayak dan tidak pandai berenang! Antara cabaran yang saya hadapi semasa aktiviti ini ialah untuk mendayung kayak itu. Bukan mudah untuk menggerakkan kayak itu ke hadapan kerana saya dan rakan saya harus selaraskan dayungan kami. Jika salah seorang tidak mendayung dengan betul, kayak itu akan ber gerak ke arah yang salah. Kami juga memerlukan daya tenaga yang kuat untuk melawan ombak laut. Daripada aktiviti ini, saya pelajari nilai keberanian kerana ketakutan tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk mencuba sesuatu aktiviti yang baru. Saya juga pelajari tentang kepentingan bekerjasama, terutamanya ketika mendayung kayak itu untuk sampai ke arah yang ingin kami tuju. Saat mencabar seterusnya yang saya hadapi ialah ketika aktiviti memasak bersama rakan -rakan. Ini merupak
Content continues in the PDF. Download PDF
Related notes
- Malay Notes (Paper 1)Notes/Practices · 2025
- Imbuhan Bahasa MelayuNotes/Practices · 2025
- Senarai Istilah MADRASAH AL ARABIAHNotes/Practices · 2024
- malay list of wordsNotes/Practices · 2024
- See all Malay notes

