Imbuhan Bahasa Melayu
Uploaded by Hans · 15 May 2025
Preview
Text from the first pages404 Not Found nginx/1.18.0 (Ubuntu) Bahasa Melayu Laman Home Imbuhan Imbuhan IMBUHAN Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan). Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut: Imbuhan Penerangan Contoh awalan Imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR- awalan rangkap Imbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan kata dasar dipeR-, mempeR- akhiran Imbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar -an, -i, -kan apitan Imbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasar beR-…-an, beR-…-kan, ke-…-an, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an, pe-…-an, peR-...-kan sisipan Imbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata dasar -el-, -em-, -er- Imbuhan Awalan Awalan beR- (be-, bel-, ber-) Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain. Makna Ayat Contoh 1. Melakukan perbuatan Contoh: berbual, bertumbuk, berjoging, berlari, berlakon 1. Setiap hari Azim berjalan kaki ke sekolah 2. Amin berbasikal ke pantai. 2. Perbuatan berlaku kepada diri sendiri Contoh: bersikat, bersolek, berhias, berdandan, bergincu 1. Kartini sedang bersikat di dalam biliknya. 2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek. 3. Perbuatan berbalas-balas Contoh: bergaduh, bertengkar, bergelut 1. Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan. 2. Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti. 4. Keadaan telah sedia berlaku Contoh: berjahit, bercat, bergam, bertampal, berikat 1. Papan lantai bilik itu sudah berketam. 2. Pintu bilik bacaan itu telah berkunci. 5. Memiliki Contoh: beranak, berumah, beristeri, berpejabat, berjanggut 1. Kucing betina itu beranak empat. 2. Wanita muda itu masih belum bersuami. 6. Memakai Contoh: berbaju, berseluar, berkasut, berselipar, berselendang 1. Pengemis itu berseluar pendek sahaja. 2. Kamal berjam tangan baru hari ini. INFO BAHASA • Awalan beR- akan bertukar menjadi awalan ‘be’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
Contoh: ber + rambut = berambut ber + rakit = berakit • Awalan beR- akan bertukar menjadi awalaan ‘bel’ apabila digabungkan dengan kata ‘ajar’. Contoh: ber + ajar = belajar • Apabila awalan ber- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘-er-”, hurf r dalam ber- tidak digugurkan. Contoh: ber + derma = beederma ber + serta = berserta Walau bahagimanapun, bagi kata dasar ‘kerja’ yang menerima awalan ber-, huru r dalam ber- digugurkan, iaitu ber- + kerja = bekerja. Bentuk ini dianggap kecualian. Awalan ‘di-’ Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif. Makna Ayat Contoh 1. Perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga. Contoh: diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb 1. Anak kecil itu diasuh oleh orang gajinya. 2. Pensel itu diasah oleh Salim. INFO BAHASA • Dalam binaan ayat, kata kerja pasif yang berawalan ‘di-‘ digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja. Contoh: (a) Pokok itu ditebang oleh mereka. (√) (b) Pokok itu ditebang oleh saya. (X) (c) Pokok itu ditebang oleh awak? (X) • Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya. Contoh: di makan (X) dimakan (√) di conteng (X) diconteng (√) Awalan ‘ke-’ Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan. Makna Ayat Contoh 1. Yang dijadikan Contoh: ketua, ketagih, kehendak, kekasih 1. Ketua rombongan itu menjalankan tugasnya dengan baik. 2. “Saya menurut segala kehendak ayah saya ,” kata Aziz dan Sanusi. 2. Kata bilangan tingkat Contoh: kedua, kelapan, kesepuluh 1. Mereka berbaris di barisan yang kesepuluh dalam perhimpunan itu. 2. Pelajar yang duduk di barisan kedua itu anak Encik Seman. 3. Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan 1. Keempat-empat batang sungai itu telah tercemar. 2. Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti penyakit kuku dan mulut. INFO BAHASA • Dalam penulisan, awalan ‘ke-’ yang digabung dengan angka mesti dirangkaikan dan dibubuh tanda sempang (-). Contoh: ke-21 ke-60 ke-100 Awalan ‘meN-’ (me-, mem-, men-, meng-, menge-) Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif. Makna Ayat Contoh 1. Melakukan perbuatan Contoh: membunuh, mencuri, meramas, merendam 1. Anak kecil itu merangkak di bawah meja. 2. Faizal memukul adiknya dengan kayu pembaris. 2. Menjadi Contoh: menguning, mengembang, mengecut, mengecil 1. Bisul pada pahanya itu telah mengecut. 2. Daun bunga itu menguncup apabila disentuh. 3. Menjadi seperti Contoh: membatu, membisu 1. Tayar basikal yang bocor itu mulai mengempis. 2. Benjol di kepalanya itu telah membesar seperti telur ayam. 4. Mengeluarkan bunyi Contoh: menyalak, mengiau, mengaum, menjerit 1. Anak kucing itu mengiau kelaparan. 2. Ibu kambing itu mengembek sepanjang
malam. 5. Membuat Contoh: melukis, menganyam, mengepam, mengepos 1. MInah sedang mengayak tepung di dapur. 2. Aida sedang menganyam tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya. 6. Menghala Contoh: menghilir, mendarat, menghulu 1. Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika hendak menghulu sungai itu. 2. Kapal terbang itu mendarat di lapangan terbang itu. INFO BAHASA • Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan meN-. k bertukar kepada ng s bertukar kepada ny p bertukar kepada m t bertukar kepada n • Awalan meN- menjadi awalan me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah. Contoh: meN- + lawan melawan meN- + wangi mewangi meN- + masak memasak meN- + yakin meyakin(kan) meN- + naik menaik meN- + korek mengorek meN- + nganga menganga meN- + pukul memukul meN- + nyanyi menyanyi meN- + sapu menyapu meN- + rawat merawat meN- + tarik menarik • Awalan meN- menjadi awalan mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contoh: meN- + basuh membasuh meN- + fitnah memfitnah meN- + beri memberi meN- + pamer mempamer(kan) meN- + bilas membilas meN- + veto memveto meN- + boros memboros meN- + brek memukul meN- + buka membuka meN- + plaster memplaster • Awalan meN- menjadi awalan men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z, kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh: meN- + cari mencari meN- + zarah menzarah meN- + dapat mendapat meN- + taksir mentaksir meN- + jadi menjadi meN- + tradisi mentradisi meN- + syelek mensyelek meN- + swasta menswasta(kan) • Awalan meN- menjadi awalan meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, gh, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k. Contoh: meN- + gali menggali meN- + elak mengelak meN- + hantar menghantar meN- + ikut mengikut meN- + ghaib mengghaib(kan) meN- + olah mengolah meN- + khusus mengkhusus meN- + ukur mengukur meN- + atur mengatur meN- + kritik mengkritik • Awalan meN- menjadi awalan menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja. Contoh: meN- + bom mengebom meN- + lap mengelap meN- + cat mengecat meN- + pos mengepos Awalan ‘peN-‘ (pe-, pem-, pen-, pel-, peng-, penge-) Penggunaan: Membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata adjektif. Makna Ayat Contoh 1. Orang yang melakukan perbuatan Contoh: pelakon, pencuri, penapis, pemain 1. Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali apabila beraksi di padang. 2. Pelakon drama itu dapat membawakan watak yang dilakonnya itu dengan
Content continues in the PDF. Download PDF
Related notes
- Malay Notes (Paper 1)Notes/Practices · 2025
- Cetusan Minda 2023Notes/Practices · 2023
- Senarai Istilah MADRASAH AL ARABIAHNotes/Practices · 2024
- malay list of wordsNotes/Practices · 2024
- See all Malay notes

