MSP4 NCHS 2021 Prelim p2
Uploaded by sebassnoob · 23 August 2023
Preview
Text from the first pages2 BAHAGIAN A (10 markah) Arahan: Bagi setiap soalan, terdapat empat patah perkataan yang disenaraikan. Pilih perkataan yang sesuai daripada senarai yang diberikan itu. Kemudian, tulis jawapan pilihan kamu di dalam ruangan yang disediakan. Soalan A1 (5 markah) Perhiasan Wanita Oleh: Balqis Qistina Jumaat, 3 Ogos 2021 Kerongsang merupakan perhiasan yang sering dipakai oleh wanita Melayu ketika menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Kerongsang ialah sejenis pin yang (1)__________ pada baju kebaya agar terletak di badan si pemakai dan melengkapkan pakaian itu. Biasanya, satu set kerongsang terdiri daripada ibu kerongsang dan dua kerongsang kecil (2)__________ dipanggil anak kerongsang. Kerongsang biasanya dibuat daripada perak atau emas dan dihiasi (3)__________ permata. Masyarakat pada zaman dahulu sangat (4)__________ dengan alam semula jadi. (5)__________, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada kerongsang memiliki ciri-ciri alam seperti flora dan fauna. 1 (A) disemat 2 (A) yang (B) tersemat (B) serta (C) penyemat (C) untuk (D) menyemat ( ) (D) bahawa ( ) 3 (A) di 4 (A) jauh (B) oleh (B) luas (C) dengan (C) lebar (D) daripada ( ) (D) dekat ( ) 5 (A) Maka (B) Sejak (C) Namun (D) Lagipun ( )
3 Soalan A2 (5 markah) Usah biarkan e-sisa anda terbuang ! Pemerintah Singapura akan memudahkan penduduk untuk mengitar semula barang elektronik mereka yang juga dikenali (6)__________ e-sisa. Lebih 300 tong (7)__________ e-sisa telah diletakkan di tempat-tempat awam termasuk pusat beli-belah dan pasar raya. Penduduk (8)__________ untuk mengitar semula barangan elektronik yang tidak terpakai lagi seperti bateri, pencetak, komputer, telefon bijak dan juga bal lampu. E-sisa harus ditangani dengan betul untuk mendapatkan kembali bahan berharga (9)__________ mengelak bahan berbahaya daripada merosakkan alam sekitar dan kesihatan kita. Malah, mengitar semula e-sisa (10)__________ mengurangkan sampah dan jejak karbon kita. 6 (A) sebab 7 (A) dikumpul (B) seperti (B) kumpulan (C) macam (C) terkumpul (D) sebagai ( ) (D) pengumpulan ( ) 8 (A) dibiarkan 9 (A) jika (B) dipastikan (B) serta (C) digalakkan (C) tetapi (D) dibolehkan ( ) (D) supaya ( ) 10 (A) perlu (B) mesti (C) dapat (D) harus ( )
4 Sertailah bengkel ini! Para peserta pasti dapat belajar menulis karangan yang bermutu dan menarik! Di dalam bengkel ini para peserta akan belajar untuk mendapatkan idea tentang bagaimana hendak membuat penulisan yang berkesan dan baik, dibimbing oleh guru Bahasa Melayu yang berpengalaman. Contohnya, frasa-frasa berbunga yang dapat digunakan dengan sesuai. Para peserta juga akan berpeluang untuk berinteraksi dalam sesi soal jawab dengan seorang penulis popular, Cik Syazana Hamid. BAHAGIAN B (10 markah) Soalan B1 (4 markah) Arahan: Berdasarkan rangsangan grafik yang diberikan, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang berikut. Tulis huruf jawapan pilihan kamu di ruangan yang disediakan. Bengkel Pengkarya Muda Penulisan Kreatif Sila hubungi Encik Rahim Ghani untuk keterangan lanjut. Telefon: 6767 8567 Hari: Sabtu, 23 September 2021 Jam: 10.00 pagi hingga 1.00 petang Tempat: Auditorium, Kelab Masyarakat Anggerik Daftarlah sebelum 15 September dan bayaran hanyalah $12. Jangan lepaskan peluang ini! Alat tulis akan ditaja oleh Syarikat Murni. Makanan dan minuman juga disediakan pada akhir bengkel. Syarikat ini juga akan menerbitkan hasil penulisan para peserta menjadi sebuah buku. Buku itu akan diberi kepada semua peserta secara percuma.
5 11 Bengkel Pengkarya Muda sangat sesuai untuk remaja kerana _____________. (A) dapat makan dan minum sambil belajar ( ) (B) hanya perlu membayar $12 jika daftar awal (C) bengkel itu diadakan di Kelab Masyarakat Anggerik (D) boleh meningkatkan mutu penulisan karangan mereka dengan teknik yang dipelajari 12 Faedah lain yang dapat diraih oleh peserta-peserta bengkel itu ialah _____________. (A) bersembang dengan Encik Rahim Ghani ( ) (B) membeli alat tulis daripada Syarikat Murni (C) penulisan mereka akan dibukukan dan diberikan secara percuma (D) menghasilkan frasa-frasa berbunga dengan bimbingan Cik Syazana Hamid
6 Soalan B2 (6 markah) Ada peluang temu duga secara fizikal dan dalam talian o Bagi mematuhi langkah pengurusan selamat kerana pandemik Covid-19, hanya tiga syarikat sahaja yang akan membuka gerai secara fizikal sementara lima lagi akan menemui pemohon kerja secara dalam talian menerusi komputer yang disediakan. o Berikut gerai fizikal yang mengambil bahagian: Hospital Besar Singapura Bank DBS DREAM Cruises o Berikut gerai dalam talian: Lapangan Terbang Changi Insurans NTUC Income Hotel Plaza Singapura Universiti Kebangsaan Singapura Rumah Tumpangan Warga Emas Jamiyah Hanya 50 pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa ke kawasan pameran di tingkat satu Wisma Harmoni Singapura. Oleh itu, orang ramai digalakkan membuat pendaftaran terlebih dahulu di lelaman berikut untuk mendapatkan tempat: http://bit.ly/HOPE21PreReg Tarikh: 20 September 2021 Tempat: Wisma Harmoni Singapura Masa: 10 pagi hingga 5 petang Tiada bayaran dikenakan namun peserta perlu mendaftar Dianjurkan oleh Tenaga Kerja Singapura Lebih daripada 800 kerja kosong ditawarkan 1. Melatih diri untuk sesi temuduga 2. Mendapat pendedahan terhadap landskap pekerjaan di Singapura 3. Dapat menguji kemahiran komunikasi 4. Peluang untuk berinteraksi dengan bakal majikan dan mengetahui kelayakan yang diperlukan 5. Mendengar pandangan pakar kerjaya Datanglah beramai-ramai untuk mendapat maklumat-maklumat penting:
7 15 Pengunjung harus mendaftar di lelaman yang tertera kerana __________. (A) pandemik Covid-19 (B) terdapat 800 kerja kosong yang ditawarkan (C) 3 gerai fizikal sahaja yang mengambil bahagian (D) hanya 50 pengunjung sahaja yang boleh masuk pada satu-satu masa ( ) 13 Pameran kerjaya ini membolehkan seseorang _____________. (A) menghadiri pameran sehingga 10 malam ( ) (B) membuat janji temu dengan pakar kerjaya (C) menyertai temu duga secara fizikal dan dalam talian (D) mendapatkan kerja kosong dengan bayaran berdaftar 14 Pameran Kerjaya tersebut amat sesuai dilawati oleh pengunjung yang ingin menukar kerjaya kerana _____________. (A) ia dianjurkan oleh Tenaga Kerja Singapura ( ) (B) boleh mengetahui kelayakan yang diperlukan (C) dapat menggunakan komputer yang tersedia di sana (D) terdapat syarikat daripada pelbagai jenis bidang kerjaya
8 BAHAGIAN C (10 markah) Arahan: Baca teks berikut dengan teliti. Manik-manik peluh muncul di dahi Nabilah. Dia termengah-mengah seperti baru mendaki tangga jambatan yang tinggi. Dia mencampakkan begnya ke lantai. “Ibu, Nabilah sudah pulang! Ada surat untuk ibu,” teriak Nabilah ketika dia menyedari ibunya tiada di ruang tamu. Dia merebahkan punggungnya ke sofa. Puan Nafisah keluar dari biliknya dan menghampiri anaknya lalu mengambil surat yang terletak di meja. Logo HPB terpapar di bahagian atas surat. Rupa-rupanya, itu surat janji temu Nabila bersama doktor pemakanan. Apabila dibacanya l
Content continues in the PDF. Download PDF
Related notes
- RGS PPA MSP 2020 Paper 2Exam Papers · 2020
- sec 4 unit 5 & 6 warisan singapura dan budaya - Google DocsNotes/Practices
- sec 4 unit 7 keselamatan bumi kita - Google DocsNotes/Practices
- sec4 unit 4 mereka yang istimewa - Google DocsNotes/Practices
- unit 1 hubungan kekeluargaan - Google DocsNotes/Practices
- sec4 unit 2 kami pengguna bijak - Google DocsNotes/Practices
- sec4 unit 3 kerjaya pilihan - Google DocsNotes/Practices
- MSP4 NHHS 2021 MYE p2 ansExam Papers · 2021
- MSP4 NHHS 2021 MYE p2 Exam Papers · 2021
- MSP4 NCHS 2021 Prelim p2 ansExam Papers · 2021
- MSP4 NCHS 2021 MYE p2 qp+ansExam Papers · 2021
- MSP4 NCHS 2021 Prelim p1 Exam Papers · 2021
- See all Malay (Special Programme) notes

